Contributors

Friday, June 18, 2010

masih adakah kesetiaan?

azlan and wanie in purpleland :)

kalo saya baca paper,jarang sekali nak belek pasal hal rumahtangga.terutamanya bila kes dera-mendera,cerai-berai,pukul-memukul etc.sebab bagi saya,perkahwinan adalah satu ikatan yang indah dan perlu disulami dengan kasih sayang sesama pasangan.mungkin pandangan saya terhadap perkahwinan terlalu sempurna.

dan saya mengharapkan perkahwinan yang sempurna.ya.titik.

bagi saya, suami curang (tidak setia),suami tinggal isteri,suami pukul isteri (terutamanya kepada isteri yang baik) etc yang buruk-buruk terhadap makhluk bernama lelaki ini is a common things happened in everyday life.SUDAH BIASA.dan saya mesti kata 'ah~biasala.lelaki ni memang jahat'. tapi bila saya baca cerita tentang perempuan curang (tidak setia), perempuan tinggalkan suami yang baik,perempuan itu dan ini terhadap lelaki yang baik,saya agak merasa kesal.ya,kesal. kerana bagi saya,agak susah untuk jumpa lelaki yang baik di dunia ini.sangat jarang.jadi kalau suami tu dah tersangat baik,kenapa perlu dilayan sebegitu?bagi saya, perempuan sinonim dengan perkataan ::
1.sabar
2.lemah-lembut
3.bertolak-ansur
4.etc.

jadi tak perlulah anda bersikap sedemikian,ok.bersyukurlah.titik.

but the main point is, saya mahu azlan saya setia terhadap saya.saya harap kesetiaan itu ada dalam dirinya.saya harap kebaikan itu ada dalam dirinya.dan yang paling penting,saya harap azlan saya ada keimanan dan kesabaran yang kuat.

bolehkan,en.azlan?

saya?setakat ini saya mampu menepis godaan dan dugaan.kerana bagi saya,Tuhan sudah kurniakan lelaki yang baik untuk saya.lelaki yang boleh menjaga saya.lelaki yang memahami diri saya.lelaki yang tak pernah merungut tentang saya.lelaki yang sentiasa ada di sisi saya setiap masa.ketika sedih.ketika happy.dia tetap setia.saya harap,saya mampu menepis godaan sampai bila-bila.kerana bagi saya,kalau tidak,saya sama saja seperti perempuan-perempuan di atas.(saya doakan dia juga mampu menepis dugaan dan godaan yang bakal tiba)

jika ribut.taufan.dan badai melanda (saya harap tidak)
saya doakan Allah swt tetapkan hati saya dan dirinya.InsyaAllah.Amin.



~jemari menaip~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~



Thursday, June 17, 2010

syahadah gadis ateis

hari ini
nothing special happened
ok,if masak ikap siakap sweetsour itu is something yang istimewa
ok,boleh diconsidered la :p
oh ada
saya dah habiskan buku yang dibeli since pergi konvo
tajuk dia
'syahadah gadis ateis'
kredit to my bf sebab belanja.kamsa hamnida!
sangat bagus buku ni
banyak ilmu yang saya dapat
dan saya lebih mengkagumi Islam
sesungguhnya
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
now adik saya pulak baca buku tu
dan nampaknya dia pon suka
harap lebih ramai lagi berminat baca buku ni
(nanti saya upload gambar depan buku cerita ni)

Wednesday, June 16, 2010

butterfly

butterfly tu lebih kurang macam ni la.cuma xde hijau tu.cantek sangat :)


hari ini terasa nak membeli belah kat tesco
rasa cam nak mkn siakap sweetsour untuk buka puasa esok
dan bila tengok kangkung rasa nak makan nasi goreng kampung pulak
tapi,kangkung mahal
so, balik rumah saya pergi kutip kangkung kat padang
disebabkan pakai skirt
habis kaki kena lalang dan gatal-gatal
tapi saya rasa berbaloi
sebab jumpa dengan butterfly
yang sangat cantik
warna dia
hitam,purple dan biru
Subhanallah,cantiknya!
tapi sayang
lupa bawak handphone
so, tak ambil gambar la
saya harap
saya dapat jumpa lagi butterfly yang cantik itu next time
tunggu saya yer miss butterfly!


~jemari menaip~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~

Tuesday, June 15, 2010

demam oh demam

sangat gembira menghabiskan beberapa ribu pound di cheshire oaks.ok.sangat bombastic ayat tu rasanya :)
ketika ini,demam shopping melanda.


sekarang ni memang musim demam agaknya.dulu, demam ni diklasifikasikan sebagai satu penyakit jer..tapi sekarang ramai je orang guna term 'demam' ni
to show that seseorang obsessed on something.hah..walau apapun demam is..saya harap saya tak demam :)

::demam penyakit::
ramai jer sekarang ni demam.sebab, cuaca pon tak menentu.contohnya di tempat kelahiran saya di kelantan ni, temperature rasanya main factor why ramai org mudah demam.yela, bayangkan jika suhu siang hari is 40 degree.bila malam lak,29 degree.agak jauh perbezaan tuh dan badan kita pun mungkin shocked bila tiba-tiba je kena menyesuaikan diri dengan keadaan camtu setiap hari kan?
Bold
::demam bola::
hah..demam bola ni plak bermusim.especially when world cup.
time ni la mula nak pilih team mana yang saya sokong and team mana yang awak sokong.
time ni la mata tak cukup tidur dan mengantuk yang teramat sangat di siang hari.
time ni la jugak bilamana kerja pon tak produktif.
time ni la jugak awek rasa kurang diberi perhatian bila pakwenya asyik keluar ng teman-teman lelaki and lepak tengok bola sampai subuh.
time ni jugak suami kurang bagi perhatian kepada isteri sebab 2am dah start keluar bilik semata-mata nak tengok tv.
time ni juga la saya tengok abah tidur atas sofa panjang sambil tv Bolddan pemain-pemain bola tengok dia.bukan abah yang tengok bola.hahaha.
(did i mention that how lucky i am because my azlan didn't obsess to soccer :))

::demam cinta::
demam ni tak bermusim dan juga tidak memerlukan faktor untuk terjadi.sebenarnya sangat ramai orang yang demam cinta ni.setiap hari pon ada.kenapa?yela sebab lumrah manusia kan.ingin mencintai dan dicintai.kan?cinta ni sangat indah kalau masing-masing mampu menjaganya dengan baik dan jika setiap pasangan menyokong sesama sendiri dalam apa jua hal.ramai orang cakap, semakin lama bercinta,semakin pudar kasih sayang.mungkin ada benarnya.tapi jika kita mencipta satu 'kebiasaan' yang wajib kita buat setiap hari, mungkin dengan sendirinya kita rasa janggal jika kita tidak melakukan 'kebiasaan' itu.contohnya ucap 'good morning', 'i love you', 'i miss u' and 'good night' setiap hari.seperti saya,walaupun dalam keadaan tegang a.k.a berselisih paham, saya masih terasa janggal jika tidak ucapkan selamat malam kepada si dia.tak perlu rasa jemu kerana bagi saya, cinta perlu disirami dengan kata-kata indah setiap hari supaya tidak mati.seperti pokok-pokok bunga ros depan rumah saya ni, jika tak disiram setiap hari, ia akan layu.tapi tak perlulah setiap hari perlu mengucapkan kata-kata yang 'bombastic'.sekala sekala bolehla, buatkan ia nampak special,ok?demam cinta tak mengapa.cuma, anda tidak perlu menjadi bodoh kerana cinta.seperti yang saya baca dalam akhbar hari ni, bunuh diri kerana cinta diputuskan oleh kekasihnya.itu gila namanya.

~jemari menaip~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~

Sunday, June 13, 2010

janji perlu ditepati..

saya nak ingatkan dia
bahawa dia telah berjanji ng saya
he said
'not more than 26'
saya harap
dia akan ingat janji-janjinya
pada jam 11.36 pagi
14 june 2010
if he breaks the promise
he breaks my heart too
and i won't look back

~jemari menaip~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~

ribut taufan di dalam hati

apa yang saya rasa sekarang?
adalah
seperti ribut taufan ada dalam hati
macam puting beliung yang memusnahkah rumah
macam kaca yang pecah
seperti kertas yang koyak
seperti kereta yang dilanggar
perit
pedih
sedih
sakit

tapi walau apa pun
saya harus sabar
dan terus sabar
mengharungi hari-hari yang mendatang
kerana
apa yang kita rancang
tak selalunya menjadi
seperti yang kita harapkan
kerana setiap manusia tidak sempurna
walaupun ia cuba mencipta kesempurnaan
mungkin ada hikmat disebaliknya,kan?
semoga esok hari yang lebih baik buat saya
InsyaAllah
saya terima
saya terima
saya terima

~jemari menaip walau hati masih sakit~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~


Saturday, June 12, 2010

hanya dia seorang..


antara si dia dan arnab, mana lagi comel??

dia
tak kaya macam bill gates
dia
tak pakai kereta BMW
dia
tak pandai main bola macam lionel messi
dia
tak pandai main gitar macam adik saya
dia
tak sehensem orlando bloom
dia
tak mempunyai body macam seorang model

walaupun dia bukanlah lelaki yang mempunyai semua kriteria yang wanita suka
tapi dia,
selalu buat saya happy
selalu buat saya rasa selamat
selalu buat saya rasa disayangi
selalu buat saya rasa dicintai
selalu melayan karenah saya
selalu membuatkan hari-hari saya tak berseri tanpanya
he's the one and only azlan azhari yang saya ada

ketahuilah,
walaupun awak tak ada kriteria yang di atas
saya tetap sayang dan cinta awak
sebab awak telah menyambung hati saya dengan hati awak
terima kasih cintaku!


(ketika menulis ni pun saya masih rindu padanya)

~jemari menaip sambil berchatting~

~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~

sebenarnya...




(adakah arnab ini suka menjadi arnab?)

sebenarnya...
saya agak risau dengan dia
bekerja keras
demi dirinya
demi saya
demi masa depan kami berdua
oh Tuhan
alangkah bagusnya
jika saya dapat membantu dia
merealisasikan impian kami
Tuhan,
bantulah saya

~jemari menaip~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~



Friday, June 11, 2010

makan..makan..makan..

ini menu pilihan saya..entah nape..asek nk makan fish je kalo makan tmpt best :P
makanan yang sgt sedap(esp the kentang)

kegemaran saya
makan..makan..makan..
kegemaran dia
makan..makan..makan..
kami berdua mmg suka makan
dan dia suka tgk saya makan
katanya saya comel semasa makan
dan si dia suka kalau saya suap dia makan
makan menjadi pengerat cinta kami

awak,
rindu saya mengetuk tingkap awak
bukala
mungkin awak pun ada rasa rindu yang sama,kan :)

~jemari menaip~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~