Contributors

Sunday, March 6, 2011

Dugaan dan jodoh!

Tajuk ni rasanya dah ada dalam entry lama2 dulu.Entahla. Jodoh is a non-stop topic buat masa sekarang.

Ya.Dengan umur sekarang, semua orang merasakan bahawa saya dah patut kahwin. Tapi bila mentality tak bersedia, perlu ke nak dengar cakap orang? Memperjudikan nasib semata-mata mahu menutup mulut orang?NONSENSE! Kekadang saya pelik dengan orang2 di sekeliling saya. Terutamanya yang gurl la. Umur muda dari saya tapi dah berimpian untuk kahwin dalam masa terdekat. Kahwin memang senang. Tapi hidup selepas kahwin, adakah sudah betul-betul bersedia? Kita bukan kahwin dengan orang yang kita cinta je. Automatically kita kahwin dengan family dia jugak, sedara-mara dia jugak. Kalau jenis yang baik2 tak apala tapi kalau jenis yang macam2 ragam? Pening kepala!

Saya pernah ada impian nak kawen lepas grad. Masa tu umur 23. Nak kahwin dengan orang yang so-called dicintai dengan sepenuh jiwa saya. Nasib baik saya buat pilihan yang tepat. Sebab saya rasa kalau saya kahwin dengan dia, saya tak akan lalui apa yang pernah saya lalui beberapa tahun selepas itu. Hidup ni banyak lagi yang perlu diterokai.

Jatuh bangun, putus cinta, in between job-semua tu lumrah alam. Mungkin ada orang yang hidupnya smooth, semuanya baik-baik saja. Tapi mungkin dia ada dugaan yang lain, siapa tahu kan? Allah menduga kita sebab Dia sayang kita. Dia tahu kita kuat. Kita boleh lalui semua dugaan yang Dia bagi. Bertuahlah orang yang mendapat dugaan daripada Allah. Sebab dia sayang kita lebih dari yang lain. Dia nak beri yang lagi baik untuk kita. Apa yang kita ingat bagus sebelum ni, sebenarnya belum tentu bagus untuk kita. Allah Maha Mengetahui.

Perancangan Allah, kadang-kadang tak terjangka oleh fikiran kita. Sebagai contoh, saya tak pernah menjangka untuk bercinta dengan BF saya sekarang. Tak pernah terlintas pun. Berkenalan dengannya pun masa di akhir semester. 5bulan sahaja (Padahal dengan orang lain, ada jer yang dah berkenalan hampir 4tahun. Tapi tak pulak Allah membuka hati kami untuk bercinta). Walaupun kami jarang-jarang berhubung, namun akhirnya kami menjadi pasangan. Sekarang saya realize, Tuhan mempertemukan saya dengan lelaki yang terbaik (bagi diri saya-bagi orang lain, mungkin dia bukan yang terbaik). Allah telah menetapkan pertemuan kami. Cuma sekarang saya berharap agar Allah menjodohkan kami.INSYAALLAH.

So, kalau anda putus cinta, jangan bersedih.Anggaplah itu dugaan Allah kepada kita. Mungkin jodoh anda tidak tertulis dengan si dia. Mungkin jika anda berkahwin dengannya sekarang, hidup anda tidak bahagia di masa akan datang. Percayalah, jodoh,pertemuan,ajal dan maut semua di tangan-Nya. Tak akan ada yang terlepas dari perancanganNya. He knows the best for us. Dia mengambil kegembiraan kita pada masa sekarang sebab dia ingin menghadiahkan kebahagiaan untuk kita di masa akan datang!

Hadapi dengan senyuman.

Semua yang terjadi, tetapkan terjadi.

Hadapi dengan tenang jiwa.

Semua, kan baik-baik saja.

Bersabar dan senyum ok! J

~jemari menaip~

~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~

Saturday, February 19, 2011

saya suka menghabiskan duit dgn berhemah :p

hola!
jejari dah lama giler xmenaip!
malas n penat punya pasal.tak der masa la :(
ah~berita best.
i will bertunang this coming July! yeay! (ceh cam sangat gatal jer kan?) hahahahah

thanks abang!for loving me!
sedar tak sedar dah nak masuk 1tahun setengah kami bercinta.
time flies soooooooooooooo fast!
cinta saya pada en.azlan makin berbunga2 dan berkembang biak!(erk ada ke istilah camni?)
hahahahhaha

banyak scene gaduh, terutamanya kedegilan saya yang suka menghabiskan duit dengan bijaksana.
bijaksana la sangat!
hahaha~g travel tu boleh dikira bijaksana la kan.memang la xder simpanan tp insyaAllah pasni kena kurangkan la.
sebab nak kawen xde duit lagi ni! :p
ada sape2 yang nak kasi saya duit????

~jemari menaip~

~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~