Apa benda yang sangat best di dunia??
1. makan tanpa perlu risau menjadi gemuk
arghhhh.kalau camni, sayer rasa sayer la makhluk paling gembira di dunia.boleh makan-makan dengan gembiranya.ish.happy-happy.
tapi itu hanya dalam mimpi ok? sayer ni kalo terlebih makan sikit, mula la naik berat badan.dulu nak setakat 60kg jer.tp skg?67 kg.
amekkk kooo.tambah-tambah pula bila jumpa kawan-kawan and diorg cakap 'eh wanie, da kurus la skrg?' alahai.apakah anda perlu memakai spek berpower 800 baru leh tgk betapa gemuknya saya?ish3.memang tak patot.
bila ngadu kt en.azlan, aku dah boleh agak jawapan dia
'ala sayang, sayang comel la camni.kalo nanti kurus2, xcomel lagi dah
damn! sampai bila2 la saya tak akan menurunkan berat badan kalau dia bagi ayat camtu.
moral of the story:: makan dengan gembira ok wanie?
2. ada duit yang banyak tanpa perlu kerja
wah.heaven.inilah yang dikatakan 'syurga atas dunia' hahaha.tiap2 bulan, duit dalam bank bertimbun.kalo nak shopping, just 'swipe the card,darling'. memang sangat best la kalau hidup camni.
helloooo.wake upppp!!
sape yang nak bagi sayer duit yang banyak camtu.lain la kalau saya ni isteri sultan brunei.memang kompem la hari-hari saya shooping handbag Salvatore Ferragamo yang berharga rm5000 itu.memang tiap-tiap minggu la saya akan melawat liley di UK.memang tiap-tiap bulan la saya akan tukar kete baru.dan memang tiap-tiap tahun la saya akan tukar rumah baru.
hah.
in your dream ok wanie?
3. menipu pastu orang percaya
hahaha.ni paling best.tgk dah buat beberapa kali hari ni (rujuk kepada post sebelum ni). sangat best kalau menipu pastu orang caya kan?rasa cam dunia ni ana yang punya.ahaks.ala saya menipu pon bukan nak aniaya orang lain.menipu just untuk suruh dia 'diam' jer.malas nak layan orang-orang sebegini.
menipu untuk boyfren, oh! tidak sama sekali.(trust me, plsss :p )
4. blame orang padahal diri sendiri salah
alamak.everytime sayer teringat cerita ni, sayer rasa sangat bersalah.it's happened when i was in darjah 4.
al-kisahnya begini, masa di dalam bengkel kemahiran hidup, sayer telah patahkan tool yg selalu org guna utk licinkan permukaan(dah lupa apa nama dia). masa tu cikgu takde.lepas tu sayer letak di tepi kawan saya (yang saya tak berapa rapat and semua orang tak berapa suka dia sbb dia agak messy) and pergi ke tempat lain.so bila cikgu masuk and round2, dia tgk that tool yang patah tu.dia tny kawan saya samada dia yang patahkan.tapi my friend tak mengaku (memang la.bukan salah dia.salah sayer ok?) memang cikgu mengamok la. lepas habis bengkel, kami masuk ke kelas.tiba-tiba datang rasa bersalah so saya confront ngan kawan sayer (bestfriend) bahawa saya yang buat.ayat dia camni "eh awak.sayer rasa, saya la yang patahkan menda tu" (saya rasa?hah.tak tahan.padahal memang sayer yang buat.hahahahah)
tapi yang peliknya, kawan sayer tak percaya bahawa saya yang patahkan.dengan confidentnya dia cakap "eh bukan awak la.sayer tau, budak tu yang buat".
moral of the story:: bestfriend is the best friend in the world. (without hesitation) :p
*menda2 di atas tidak boleh di apply dalam kehidupan seharian, OK?*
~jemari menaip~
~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~~(*_*)~
No comments:
Post a Comment